Tiada Inai di Jarinya

Kalau bahasa kasarnya, terkejut beruk Madeehah apabila sekujur tubuh yang sedang duduk meneliti beberapa dokumen di hadapannya. Diakah? Benarkah? Kecilnya dunia ini! Dalam separuh sedar dia memberi salam lantas lelaki yang mengenakan kemeja berwarna biru laut dengan tie berwarna biru muda itu mendongak. Pantas riak wajahnya berubah. Rasanya kedua-dua mereka mengalami kejutan saat itu.

Madeehah berusaha menenangkan perasaannya. Entah kenapa dia rasa gugup mungkin mengenangkan kesilapannya tempoh hari terhadap lelaki itu. “En Maleek?” Dia memulakan pertanyaan sebagai tuan rumah. Gila! Jantungnya memang berdegup kencang. Memang sejak peristiwa itu, dia selalu berdoa supaya dipertemukan dengan lelaki itu tetapi perasaan ini terlalu menggila. “Err..ya saya. Cik Madeehah?” Madeehah mengangguk. Lelaki itu tergelak kecil. “Alhamdulillah, berjumpa juga saya dengan cik.” Madeehah hairan dengan pernyataan itu. Fakta atau auta? Ikhlaskah dia? Namun dia hanya mendiamkan diri, ingin terus mendengar penjelasan lelaki itu.

Madeehah mempersilakan lelaki itu duduk. “Terlebih dahulu, memang saya perlu minta maaf dengan Cik atas kekasaran saya tempoh hari. Frankly speaking, memang saya pun terkejut kenapa saya boleh beraksi begitu depan Cik. ” Ish, boleh percaya ke dia ni? bisik hati Madeehah. Madeehah terus mengambil keputusan untuk meluahkan rasa maaf kepada lelaki bernama Maleek Irwasyh itu. Lantas melarikan diri ke bilik, mendapatkan wang di dalam beg duit yang disimpan di dalam sampul surat. Terpinga-pinga lelaki itu melihat gelagat Madeehah yang tiba-tiba kalut tapi comel di matanya! Dia tersenyum sambil terus sabar menanti kehadiran gadis itu. Ada rasa tenang dan bahagia menyelinap dalam hatinya saat itu. Mungkin didorong oleh rasa lega kerana sekian lama dia menyimpan rasa sesal dengan gelagatnya dahulu.

heliza helmi and awal ashaari

Gambar sekadar hiasan. Nak ambil mood mengolah cerita

One thought on “Tiada Inai di Jarinya

  1. ilhamfatihah says:

    Aku dah tengok filem “Syurga Cinta” yang pada tanggapan awal aku akan muncul dengan drama klise yang membosankan. Tapi memang ternyata jangkaan aku meleset! Malu! Cerita ni best, ada pengajaran, kelakar dan menyentuh jiwa. Sebab tu aku boleh letak gambar hero dan heroinnya kat sini. Lakonan Awal, sangat bagus. Begitu juga dengan Adik Haziq. Heliza…penghayatannya juga baik walaupun ada juga scene yang masih nampak kaku. Paling suka scene dia melontarkan dialog, Cinta dan hati saya benar-benar ikhlas untuk orang yang mengenali saya bukan untuk dipersendakan. Wahhh..naik bulu roma aku! Over la pulak aku ni ya?

    Dulu aku tak suka kat Awal ni, tapi sekarang dah boleh terimalah…harap dia benar-benar ambil iktibar daripada pengisian filem ini. Heliza…memang aku dah minat dia sejak dalam AF lagi. Aku rasa dia ikhlas dan telus. Memang aku akui dia cantik tapi aku ni perempuan, kecantikan tu bukan faktor utama untuk aku minat pada dia. Dia memiliki kesungguhan yang amat tinggi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s