Episod 5

Apa maksud tajuk itu? Tak ada apa-apa sebenarnya cuma aku menulis sewaktu hujan turun mencurah di luar sana. Dah terlalu lama tak menjengah ke sini dan hari ini timbul semangat baru untuk kemaskini blog ini. Kawan aku sudah dapat baca blog ni dan aku tak gembira sebab aku tak bertujuan langsung untuk jadikan blog ini sebagai bacaan umum. Aku tak nak kisah aku menjadi bacaan orang lain. Tak mahu!

Jadi, aku tukar mod menjadi blog terkawal. Mungkin kalau aku sudah bersedia sepenuhnya, mungkin aku boleh war-warkan blog ini. Tengoklah macamana nanti. Sekarang ni, aku sibuk dengan blog rasmi boss aku. Melalui pengalaman membuat blog, memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Banyak benda baru yang aku belajar. Sangat banyak! Dan aku amat berterima kasih kepada seorang teman yang sudi membantu aku menyediakan sebuah blog yang boleh diyakini.

Di samping itu, aku kena sediakan satu bank untuk semua kertas kerja dan teks ucapan boss aku. Senang nanti kalau dia ke luar negara, aku boleh sedia dengan kertas kerja dalam simpanan aku. Setakat lebih setengah tahun bekerja dengan dia, bolehlah aku faham-faham sikit perangai dia. Tapi, aku rasa dia seorang yang sukar untuk dikenali. Tak tahulah..atau aku yang tak peka? Yang penting, aku rasa aku sudah buat sedikit pembaharuan kaedah untuk dia berinteraksi dengan dunia luar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s