Episod 1

Hari kedua dalam tahun baru. Hehe..aku punya ayat mesti mula dengan perkataan ‘hari’. Dah kata catatan harian memanglah macam tu agaknya… Aku rasa macam nak jumpa ketua aku hari ni untuk tanyakan kertas kerja dan ucapan aluan yang dia nak gunakan waktu seminar nanti. Tapi, keberatan saja rasanya. Aku kan jarang berkomunikasi dengan dia. Rasa janggal nak bekerja dengan dia. Kalau bertembung dengan dia pun, senyum je. Tak ada idea nak cakap apa dengan dia.

Dah masuk tahun baru pun, tapi aku masih belum buat apa-apa pun kerja hakiki aku. Sedih betul! Soalan yang sama aku ajukan pada diri aku sendiri…sampai bila aku akan berkeadaan begini. Huhu. Aku dah kemaskan sikit-sikit meja kerja aku. Tak cukup meja. Buku-buku dan barang-barang comel aku still duduk dalam kotak. Aku cuma letakkan barang yang aku rasakan perlu saja iaitu…gambar aku ngan my adeng, kalendar dan hiasan yang bertulis ‘be happy’ dan sedikit buku dan kertas yang aku gunakan untuk kerja-kerja aku.

Semalam pertama kali aku main tenis. Memang tak pandai tapi bolehlah. Sakit badan pun ada. Lepas tu, penat dia lain macam. Hai, rasanya taubat dah aku nak main. Penat! Balik dari main tenis dan sarapan, aku kemas rumah. Matlamat utama adalah bilik tidur aku. Dan aku bernasib baik, my adeng tolong masak. Dah siap berkemas, aku tambah dengan satu gulai ringkas, kubis masak lemak. Sekejap je dah siap.

Pastu aku mandi dan solat zohor. Kemudian barulah makan tengahari dalam pukul 3 lebih. Lepas dah setel makan dan cuci pinggan aku buat bunga rampai untuk letak dalam bilik. Hmm…best! Pastu baru aku baring dan layan drama korea summer scent cd ke 11.

Habis tengok dalam pukul 5.30. Aku tengok my adeng bersiap macam nak kuar. Kalau ikutkan aku nak sambung lagi tengok cd tapi, rasa macam tak seronok biarkan my adeng jalan s0rang-sorang. Jadi, aku pun ikut. Rupa-rupanya aku membonceng motor menuju ke ulu yam. Alamak! Kematu punggung aku. Sebelum balik rumah kami singgah di pasar malam. Malam…layan 2 cd cite summer scent. Nangis…huhu.

Tinggalkan komen