Dengan Lafaz Bismillah…

Hari ni hari kedua blog ini diwujudkan. Sebenarnya aku dah masukkan entri semalam tetapi aku lupa nak rasmikan. Jadi hari ini aku nak umumkan kewujudan blog aku ini secara rasminya.

Hmm…sebenarnya apa yang mendorong aku untuk membuka blog ni? Aku memang suka menulis, terutama tulisan berbentuk diari ni. Aku memang dah ada koleksi tulisan sendiri yang aku tulis dalam word je. Tapi, tak ikut kronologi. Masa aku rasa ada benda nak tulis, aku tulislah. Kalau tak, berzaman-zaman terperap kat situ. Serupa jugak kalau aku tulis dalam diari. Kadang-kadang penuh, kadang-kadang kosong je.

Hakikatnya, aku tengah bosan sekarang ni sejak bertukar post baru ni. Mungkin itu antara sebab paling kukuh untuk menghidupkan blog persendirian ni. Untuk tatapan aku seorang sahaja. Aku tak buka untuk bacaan umum. Kalau dulu, aku kutuk-kutuk aje orang yang buat blog tapi tu lah orang kata jangan ngata orang nanti benda tu balik kat kita. Ala…aku kutuk pun sebab diaorang guna masa kerja update blog. Siap boleh jadi daily blogger lagi. Huhu.

Sementara aku tak ada kerja ni bolehlah aku layan blog ni. Nanti, bila dah banyak bolehlah aku bagi my adeng baca blog ni. Hehe. Tengoklah nanti macamana. Aku pun nak masukkan gambar banyak-banyak nanti. Emm…hari Sabtu ni aku nak balik kampung ibu mertuaku. Dapat jumpa budak sinchan..hehe tak sabar nak jumpa dia.

Oklah…dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku merasmikan ilhamfatihah.wordpress.com dengan rasminya. Dengan harapan, aku akan sentiasa mengemaskininya bila ada kelapangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s