Puding Raja Kegemaranku

Waktu bulan puasa ni menu kegemaran aku ialah mi kari dan puding raja. Yummy…sedapnya. Puding raja tu resepi tradisional kerabat Diraja Pekan. Selalunya dihidangkan pada majlis-majlis rasmi istana pada zaman dahulu. Tetapi sekarang, bila-bila masa sahaja boleh makan. Dah namanya puding, sudah tentulah menu ni untuk pencuci mulut. Aku baru sahaja makan puding ni semalam. Aku beli kat Bazar Ramadan kat Pekan, Pahang. Alhamdulillah, aku makan seorang je disebabkan my adeng tak minat makanan ni. Aku suka, aku suka.

Setakat ni, aku tak pernah buat sendiri. Sebab ada satu bahan dia yang aku macam tak yakin je nak buat sendiri iaitu jala emas. Jala emas ni diperbuat daripada telur itik. Cara membuatnya menurut mak aku, sama dengan cara buat roti jala. Cari resepi dalam internet, tak ada yang beri penjelasan dengan sebenar-benarnya macamana nak buat jala emas yang betul. Aku nak tahu bancuhannya tu. Ada juga yang aku jumpa resepinya tapi dia tak buat jala emas tu. Aku rasa sedap  juga. Jala emas tu yang menjadi bahan utama menjadikan namanya Puding Raja. Warnanya kuning berkilat. Nak buat dengan telur ayam memang tak menjadi langsung. Insya Allah, dalam bulan puasa ni aku nak buat juga Puding Raja ni. Hehe. Jom tengok apa resepinya?

Bahan-Bahannya :-

15 biji pisang emas, masak dan segar
1 tin susu cair
250 ml air
4 sdb tepung kastad, dibancuh dgn sedikit air
5 sdb gula
1 tin buah campuran, buang air sirapnya
100 gm buah prune kering
minyak utk menggoreng
1/2 sdt garam

Cara- cara :-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga perang. Masukkan ke dalam mangkuk kaserol.
2. Tabur buah prune ke atas pisang tadi. Ketepikan.
3. Masukkan susu cair, air, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan tidak berketul.
4. Kemudian tuang ke atas pisang tadi. Tabur buah campuran ke atasnya.
5. Sedia dihidangkan. Boleh juga tabur kuih jala emas di atas.

puding raja

Gambar diambil dari kacip.blogspot.com

10 thoughts on “Puding Raja Kegemaranku

  1. salam kak, saya berminat nak wat Puding Diraja ni .. dah lama mengidam.. cuma nak tanya cara nak wat Jala Emas tak berapa clear. kena pakai telur itik ke ?.. sukatan bancuhan macamana …

    1. TQ ashuk…

      Frankly speaking akak x prnh buat sebab mmg x sure nak buat jala emas tu. Sorry ek? Tapi, menurut makcik akak, cara buat jala emas ni macam buat roti jala gak tapi tu la tak pernah try sebab x sure dia punya sukatan. Puas tanya orang, takde yang beri jawapan yang jelas.

      Aritu akak jumpa resepi ni dalam buku Tengku Puan Pahang. Tapi sama gak. Cuma disebut kalau nak lagi cantik boleh letak kuih jala emas. Confuse lak.

      Pasal pisang tu tak tau lak…rasanya pisang emas atau lemak manis tu ada kat mana2 je…

      Ashuk orang mana?

      1. Saya orang sarawak kak tapi menetap di Kuala Lumpur. Puas saya google dalam internet memang tak jumpa buat roti jala. Saya nampak potensi puding ni kat sini sebab rasa dia sedap dan tak sama dgn rasa puding lain. Kalau akak jumpa share share dgn saya .Kalau saya jumpa saya g bagitau akak.

  2. Satu lagi, saya dengar pisang untuk puding diraja ni cuma leh dapat kat Pekan je .. kalau pisang lain rasa tak sama …betul ke ?

    1. Tgk la kot2 boleh membantu

      pisang tu ada kat mana2 saya rasa.

      JALA MAS

      Bahan-bahan ( 5 orang )
      • 15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja
      (Tapis dgn kain)
      • 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu
      manis – 250g @ 300g)
      • 2-3 helai daun pandan
      • 4 cawan air
      • Daun pisang untuk dibuat corong

      Cara-cara
      1.Tapis kuning telur dan pukul sedikit
      2.Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
      3.Angkat dan ’tos’kan.
      4.Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
      5.Hidangkan
      6.p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
      * Corong daun pisang tu berbentuk kon yer…

      http://www.myresipi.com/top/detail/3418

  3. dik….nak buat jala mas tu bukannya senang….memerlukan kemahiran yg tinggi. Mesti guna telur itik..telur ayam tak berapa jadi. Senang citer….kat kelantan banyak org jual jala mas ni….kat pasar..pasar mlm…apatah lagi di bulan ramadhan. Kalau ada kawan org kelantan esp kota bharu…kirim je kat dia. Jala mas yg sedap, famous n terbaek punya ada dijual di Pasar kubang pasu di kota bharu dan di gerai2 depan kedai kain kelantan silk store kota bharu (waktu berniaga mulai 5 – 7.30 petang). Orang kelantan pun suka buat puding raja ni….mak mertua akak memang pandai…akak nak cuba buat ni..nanti nak upload ambar dalam facebook. jala mas sudah diimport dari klate…hihihiiii!!!

  4. as salam,rasanya perlu kalu letak esen pisang utk elakkan bau telur yang kuat,nnti jala mas kita akan berbau wangi.dari orang pekan

  5. kalau kat pekan perlu tempah,tapi boleh beli kat pasar payang k,terengganu,disana mereka buat jala mas ,tapi takada puding raja,kat pekan je ada puding raja

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s