Chawan
Februari 4, 2010
Pertama kali datang ke Chawan ni, hari Ahad lepas. Chawan ni stail kopitiam ala-ala Old Town Coffee tu. Kat mana ni? Kat area Bangsar opposite dengan Bangsar Village. Ni kali pertama aku makan kat area Bangsar ni. Sebelum ni memang aku dah set, ni tempat orang kaya dan tak pernah terlintas lah yang aku akan makan kat situ. Yelah, kat situ ada Restoran Rebung, Restoran Lemon. Betu ke ni? Satu lagi aku bayangkan area ni sangat sesak sebab memang tempat ni tempat tumpuan kan? My adeng la dok cerita masa dia ada program kat area situ, bos dia ajak lepak situ lepas abis program. Keistimewaannya..ia ada bermacam-macam jenis nama kopi. Kopi Kapal Api, Kopi Kluang, Kopi Batu Pahat, Kopi Tenom Sabah, Kopi Hang Tuah, Kopi Cap Tupai dan macam-macam lagi la. Tapi, minuman jenis lain pun ada jugak.
Aritu aku order teh tarik je dan nak rasa nasi dagang yang berharga RM10.90. Bolehlah tapi my adeng kata sedap. Entahlah, aku memang boleh makan tapi tak habis sebab nasi dagang kan cepat muak. My adeng lak order telur 3 suku. Ish, pertama kali aku dengar telur rebus 3 suku. Kalau ikutkan dari ari Sabtu kitaorang nak makan kat situ tapi hari Sabtu tu sampai dah tengahari, so memang seksa la nak cari parking. Kitaorang cancel la niat murni kitaorang tu. Kitaorang pegi lak keesokan harinya. Sebab aku dah teruja dengar cerita my adeng. Tak boleh nak tunggu lain kali dah hehe. Hari Ahad, kitaorang pergi awal sikitlah. Sampai sana dalam area pukul 9 pagi camtu. Orang pun tak ramai lagi kat situ. Dapatlah makan dengan tenang.
Kalau nak try bolehlah pergi sana. Namanya memang unik la dan anda boleh tengoklah mana-mana menu yang berkenan di hati. Order dan selamat menjamu selera.
Buku Menu..nampak cam kotor tapi style tu
Macam-macam jenis kopi
Aku, Mereka dan Facebook
Januari 20, 2010
Facebook? Waahh..dah menjadi ruang chat yang sangat popular mutakhir ni, kan? Boleh dikatakan hampir semua orang ada akaun facebook atau singkatan yang mudah ‘fb’. Aku pun join facebook. Aku rasa masa aku daftar tu, facebook tak adalah seglamer macam sekarang. Aku pun tak aktif sangat dengan fb aku ni. Lately nilah mula kumpul kawan.
Rasanya dah banyak blog yang share cerita tentang sejarah fb ni. So, aku tak adalah nak cite perkara yang sama kat sini. Cuma aku masih ingat kawan aku cite, fb ni diwujudkan oleh seorang remaja yang niat asalnya untuk mencari kawan lama sebenarnya. Jadi, dia cipta satu perisian yang membolehkan dia cari berhubung semula dengan kawan dia tu. Wow! Sangat pintar, kan?
Aku pulak…join fb memang nak cari kawan-kawan lama terutama kawan-kawan sekolah rendah aku. Semuanya sepi, hilang khabar berita. Yang masih berhubung dengan aku adalah 2, 3 orang. Itupun jiran sekampung aku. Tapi nama je sekampung. Raya pun susah nak jumpa. So, fb ni dah jadi tempat kitaorang bertegur sapa hehe.
Orang lain pun lebih kurang samalah agaknya niat dan tujuannya. Agaknyalah. Tapi, ramai gak yang suka fb ni sebab ada game online. Boleh main dengan kawan-kawan fb. Seronok jugak. Sayangnya aku pulak tak minat sangat main game kat dalam tu. Ke aku ni tak pandai? Hehehe…takkanlah sebab rasanya game dia tu senang je.
Tak kisahlah tu. Yang penting…apa yang penting? Masing-masing bijak mencari kawan.
Kisah Adnan Sempit
Januari 19, 2010
Ini pertama kali aku mengulas tentang filem dengan terperinci. Sebelum ni ada la aku cita sikit pasal Syurga Cinta. Adnan Sempit? Actually, aku memang teruja juga la nak tengok cita ni. Mungkin disebabkan kejayaan promonya, yelah sebelum 14 Januari, aku dah siap menghitung hari. Hehehe. Tapi 15 Januari, baru aku teringat cita ni dah ada kat wayang. Tu pun my adeng yang ingatkan.
Ada beberapa perkara yang aku nak share…
1) Mula-mula, aku macam mengantuk je masa awal-awalnya. Kenapa ntah? Boring sikit kot.
2) Aku minat juga dengan Shaheizy Sam ni. Lakonannya hidup. Cuma kurang minat dengan Intan Ladyana.
3) Agak bosan sebab asyik tengok pelakon yang sama je. Yang lainnya dalam filem Metrowealth kali ni, Along dan Angah Raja Lawak. Yana tu, dah tak larat tengok dia. Dah tak ada pelakon ke kat Malaysia ni, ya?
4) Ada dialog-dialog kotor yang malas aku nak tulis kat sini.
5) Aku tak faham…yang sebenarnya Adnan Sempit ni memang betul-betul mat rempit ataupun setakat suka-suka bawak motor pastu lepak dengan budak-budak motor.
6) Aku tak berapa ‘terusik’ dengan lawak-lawak dalam cite ni. Tapi tak adalah sampai aku beku tengok tanpa ada perasaan. Hehe.
7) Masa aku tengok tu, memang ramai budak muda. Maybe, filem ni kena dengan jiwa mereka sebab end of the show, dioarang siap tepuk tangan.
Tu jelah kot. Apapun aku nak bagi 5 bintang untuk lakonan Shaheizy Sam. Harap lepas ni dia akan diberi lebih banyak peluang dan watak yang akan terus tunjukkan kemampuan dia.
Apa Aku Buat
Januari 18, 2010
Hujung minggu selalunya my adeng dan aku bersarapan lambat sikit. Selalunya memang kitaorang makan kat luar. Hari Sabtu, aku dengan penuh kerajinan telah memulakan operasi melakukan kerja-kerja rumah lepas Solat Subuh. Kalau tidak, mahu aku terjun semula atas katil. Tak senonoh, kan? Aku bukak tingkap seawal pagi, siram pokok, basuh kain; cuci mesin dan cuci tangan, sapu dan vakum sampah dalam rumah, cuci bilik air, sidai kain. Lepas tu siap boleh buat sarapan lagi. Bukan makan roti bakar tau? Siap goreng mi lagi. Hmm..memang agak penat tapi sangat puas hati. Seronok rasanya tengok rumah cantik dan bersih.
Lepas makan, kitaorang lepak sekejap. Aku bungkus hadiah orang kahwin, my adeng lak boleh tidur lepas makan. Sabar jelah. Aku dah janji ngan adik aku nak pergi kenduri kahwin anak kepada sepupu abah kat Masjid Wilayah. Jumpa kat sana pukul 12. Aku siap bungkus hadiah dalm pukul 11 suku. Gosok baju pastu bersiap. Sambil bersiap dok mengejutkan my adeng sampai dia bangun. Habiskan masa kat sana dalam sejam setengah. Makan dan beramah tamah dengan tuan rumah. Tak jumpa pengantin sebab pengantin tak sampai lagi.
Kemudian kitaorang balik. My adeng tanya ke mana kita lepas ni? Dia memang selalu macam tu. Padahal dia dah rancang nak tengok wayang, cite Adnan Sempit. So, tempat yang paling dekat ialah Brem Mall, Kepong. Sampai-sampai terus beli tiket. Disebabkan waktu tayangan pukul 2.20, kitaorang pergi sembahyang Zohor dulu. Cuak jugak aku sembahyang kat surau tu. Surau terang benderang tapi kedudukannya agak tersorok. Entah apa-apa je aku ni, kan?
Tengok cite tu, aku tak adalah gelak sampai sakit perut. Adalah kelakarnya tapi agaknya tak mencapai piawaian tahap lawak untuk aku walaupun satu panggung gelak besar. My adeng pun suka bangat dengan cite tu. Tak habis-habis cite pasal filem tu. Sampai mengulang-ulang dialog dalam tu. Tengok di sebalik tabir pun tergelak-gelak. Tengok budak motor, sampai cakap..nak jadi macam Adnan Sempitlah tu. Hehehe. Layankan jelah.
Habis tayangan pukul 3.50 petang. Kalau ikutkan my adeng nak berjalan lagi. Dia, kalau berjalan sehari suntuk pun tak apa. Aku katalah, aku nak balik. So, bersantailah kitaorang kat rumah. My adeng cari peluang nak keluar rumah lagi. Pelik juga aku, sebab dia memang kaki jalan. Dia kata dia memang tak boleh duduk rumah sangat. Pas maghrib, dia keluar nak pergi pasar malam pulak. Dia tak ajak so aku senyap jelah. Dia pergi sorang, sekejap je lagipun.
Pagi Ahad, aku agak malas. Lagipun kerja rumah semua dah setel. Rumah dah bersih, kan? Cuma…kain baju je tak berlipat lagi. Berlonggok dalam bakul dan bersidai kat penyangkut baju. Aku nak cari masa yang paling sesuai untuk lipat sebab aku suka lipat kain sambil tengok tv. Berkesan. Kalau aku tak tengok tv, lambatlah aku melipat.
Dah tau dah, memang akan bersarapan kat luar. Masuk kereta, my adeng ajak sarapan kat McD. Aku iyakan. Pas sarapan dengan harga yang mahal tu, kitaorang gerak ke area Serdang. My adeng singgah South City Plaza. Rasanya tu area Balakong. Tak meriah sangat shopping complex nih. Tapi sempatlah aku membeli sandal. Then gerak ke Mines Shopping Fair. Kat sini kitaorang lama sikit. Dah banyak perubahan kat sini rupanya. Makin banyak kedai, makin cantik. Dah letih berjalan, kitaorang gerak balik rumah. Itu sajalah.
Cikgu Eton Yang Sangat Kecoh
Januari 13, 2010
“Duduk!” Arahan Cikgu Eton terasa menggegar kelas. Orangnya sangat comel dengan saiz kecil molek dan berwajah keanak-anakan tetapi suaranya amat besar. Arif pandang Yus sambil mengangkat-angkat kening. “Kau kenapa? Nak gaduh?” ujar Zaimi dengan nada berbisik. Mereka duduk sebelah menyebelah sahaja. “Bodohlah kau ni. Aku bagi isyarat, tengok muka Cikgu Eton yang cun tu.” Nazar memuncung mulut tetapi tidak ketara. Tapi Cikgu Eton yang memang bertelinga lintah itu terus menegur dua orang murid yang menjadi sahabat baik itu. “Kamu berdua ni kenapa?” Cikgu Eton mampir ke meja mereka yang terletak di hadapan sekali di tepi pintu. Arif sengih macam kerang busuk. “Eh? Saya tak suruh awak senyum. Yus, apa yang kamu berdua bisikkan tadi? Tak habis-habis lagi bercakapnya?” Giliran Yus pulak tersengih. “Tak ada apa-apa cikgu. Cakap-cakap kosong saja.” Cikgu Eton berdehem.
“Baiklah, kelas. Hari ini kita belajar tentang perumpamaan.” Cikgu Eton buka buku nota lalu dibentangkan di atas meja. Berbaris-baris perkataan tertulis di dalam buku nota kecil itu. Kemudian buku yang mengandungi 1001 perumpaan yang baharu sahaja dibeli hujung minggu lepas. Cikgu Eton halakan pandangan ke seluruh kelas. Kelas ini nampak sangat bersih. Tidaklah sampai bersinar-sinar tetapi memang ketara kemas dan bersih dari sampah sarap. Jumlah murid yang seramai 27 orang itu dirasakan tidak terlalu sesak. Kebetulan pula bilik kelas di hujung bangunan A ini agak besar berbanding bilik kelas yang lain.
Dia terpandang seorang murid perempuan yang sedang menunduk. Murid itu duduk di meja paling belakang di tepi pintu. “Salmah!” Murid itu memang terkejut beruk. Entah apa yang ada di dalam mulutnya. Benda itu terpelanting dek kerana terkejut tahap maksima. “Awak makan ke, Salmah?” Murid yang bernama Salmah itu menggeleng-geleng. Adegan itu sangat menarik perhatian Arif dan Yus. “Habis tu? Apa benda yang terpelanting tadi?” Cikgu Eton masih tercegat di hadapan kelas. “Waktu rehat tadi awak tak makan ke sampai nak makan dalam kelas pulak?” “Tak, cikgu.” Suaranya terketar-ketar. Dia memang takut dengan Cikgu Eton. “Ish, awk ni. Dah rugi masa saya nak mengajar.” Dia menapak ke meja Salmah. Semua mata tertumpu ke arah Salmah yang sudah mula hendak menangis. Hidungnya mula memerah. Mulutnya sudah mulut mencebik. “Tak payah nak menangis. Bagitahu saya awak makan apa tadi?’ Dia pandang-pandang ke bawah meja Salmah. Mungkin makanan itu terjatuh di situ.
“Cuba jawab soalan saya ni.” Dia memang tidak puas hati. Padahal kelasnya bermula sebaik sahaja habis waktu rehat. Takkan tak cukup makan lagi? “Cikgu, Salmah makan coklat.” Lina yang duduk di hadapan Salmah menjawab. Entah ya, entah tidak jawapan sukarelanya itu. “Bukan cikgu. Dia makan ubat batuk. Ubat tu macam gula-gula. Abah dia baru hantar tadi sebab dia terlupa nak bawa tadi. Tekak dia banyak sangat kahak. Dah 2 minggu dia batuk, cikgu.” Elly yang rapat dengan Salmah menjawab bagi pihak kawannya. Dalam hati rasa marah dengan Cikgu Eton yang kecoh tak tentu pasal. Cikgu Eton tunjuk muka geli dan muka selamba melindungi rasa bersalahnya. “Okey, kelas. Kita mulakan pelajaran hari ini.” Dia berjalan kembali ke hadapan kelas. Yus dan Arif terpaksa ketawa dalam hati.
Kenapalah Ada Orang Macam Ni?
Januari 7, 2010
“Awak buat laporan yang Dato’ nak tu, saya nak hari ni juga.” Nida teguk liur. Dia pandang muka bosnya yang berjanggut sejemput itu. Sure, bos dia tak dapat tafsirkan riak wajahya ketika ini. Dia memang tak tahu tentang psikologi. Nida tebarkan pandangan ke atas meja yang penuh dengan kertas dan 3 buah abba fail yang menuntut perhatiannya juga. Monitor komputer yang sedang memaparkan minit mesyuarat yang berlangsung semalam juga perlu disiapkan sebelum lusa. Mana yang harus diutamakan sekarang ini? Bosnya yang memang tak prihatin tu terus masuk bilik.
Kemudian dia dengar deringan telefon dari bilik bosnya. Dia menangkap 2,3 patah perkataan. Berdebar-debar, risau kalau ada lagi kerja baru yang dia kena buat tapi hakikatnya itu bukan kerja dia. Baru saja dia nak menyambung kerja menaip, bosnya kembali terjengul di muka pintu. “Mana maklumat tentang prosedur yang saya nak tadi? Saya nak bentang pada Dato’.” Dia masih berlagak tenang dan sabar. Dia menyelak timbunan kertas di atas rak keluar masuk dokumen. Kertas 5 helai yang telah dicetak baru 10 minit tadi dihulur kepada bos yang menunggu bagaikan sang harimau lapar. “Jangan lupa, siapkan laporan tu. ” Kepala terasa berdenyut-denyut pula. Tolonglah, jangan sakit masa ni. Kerja-kerja ni mesti disiapkan hari ini juga. Kalau tak siap hari ni, makin bertimbunlah kerjanya apabila hari esok menjelma.
Telefon berdering. Kalau diikutkan hati, dia malas nak menjawab. Dah namanya kerjanya, terpaksalah juga dia menjawab. “Kelulusan pesanan barang? Bila akak hantar, ya? Sekejap ya, Nida check. Buka blog panjang ditarik. Menyelak-nyelak dan nasib baik apa yang diharapkan ditemui. “Ada kak. Tuan dah tandatangan. Nida dah beri pada pentadbiran semalam.” Gagang telefon diletak. Jari jemarinya kembali lincah menari. Dia mahu memuntahkan semua kandungan perbincangan dalam mesyuarat dengan segera. Nasib baik dia jenis yang cepat menaip dan baik dalam mengarang. Dia target sebelum makan tengahari dia mampu siapkan kerja itu.
“Nida, tolong tanya kepada Puan Izzah tentang bangunan kat Melaka tu? Saya nak tahu perkembangannya. Dah ada penyewa atau belum?” Sabar yang ada makin menipis. Dia ada telefon tetapi kenapa dia juga yang disuruh membuat panggilan. Mahu tak mahu, dia menekan nombor sambungan. “Sekejap lagi Izzah naik jumpa tuanlah.” Suara halus Izzah sedikit menenangkan. Dan dia terus menyambung kerja. Tiada istilah rehat untuk dia sebagaimana kawan sebelahnya yang sedang asyk masyuk menyalin resepi dari internet. Dalam hati berdoa supaya biarlah suara orang yang suka orang lain buat kerja dia itu diam untuk sejam dua. Ketenangan amat diperlukan saat ini. Diambilnya headphone yang diletak di atas cpu kemudian disangkut pada kepalanya. Suara mp3 dikuatkan sehingga dia tidak mendengar langsung suara-suara lain.
Adik Aku…
Januari 5, 2010
Kenapa aku nak becerita pasal adik aku ni? Saja, nak kongsi tentang dirinya yang baru dirisik. Adik aku pendiam, sangat pendiam. tapi sekali dia bersuara…tajam menikam. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan perangai dia. Nampak macam tak berkawan tapi bila kau tengok facebook dia, boleh tahan jugalah tahap sosialnya tu. Maknanya pandailah juga dia mencari berkawan dan bergaul. Oh ya, adik aku ni perempuan. Muda 3 tahun daripada aku. Muka dia lebih kurang macam aku. Kalau kitaorang jalan sama-sama, mesti orang ingat kitaorang kembar. Cuma karakter saja la yang berbeza. Dia ni keras sikit, tahan lasak. Tak macam aku yang manja ni. Hehehe, manja ke? Abah cakap macam tu. Dari kecik sampai dia belajar, karakter dia memang macam lelaki. Cuma bila dah kerja barulah berubah ke arah keperempunan. Dah pandai makeup dan dressing. Aku sukalah tengok perubahan dia tu.
Ceritanya begini…minggu cuti Krismas tu my ummi call, cerita pasal ada orang merisik khabar anak dara abah. Dia tanya abah ada berapa orang anak dara. Ada orang tengah mencari. So, abah pun ceritalah begitu begini. Yang tanya tu wakil je bukan parent budak lelaki tu. Nak dipanjangkan cerita, mak budak tu mintak gambar adik aku ni. Peliknya, adik aku yang liat sebelum ni bab ni terus hantar gambar dia melalui telefon bimbit adik lelaki aku. Kemudian, dia pergi cucilah gambar tu nak ditunjukkan pada parent budak lelaki tu. Info ringkas yang aku tahu masa tu, budak tu kerja Petronas, selalu berulang alik dari KL ke KT, selalu fly pergi oversea dan sebaya dengan adik aku ni. Hmm, secara kasarnya macam dah ok.
Sambungannya…bila tengok gambar adik aku ni, mak dia memang dah berkenanlah kat adik ni. Bila dah macam tu, diorang cadang nak temukan adik aku dengan budak lelaki tu masa cuti tahun baru baru-baru ni. Kalau ikutkan aku memang tak ada plan nak balik kampung minggu tapi sebab nak support dia, aku pun bawaklah dia balik. Dia nak balik sorang macam tak berbaloi pulak. Lagipun kereta dia dah kena servis. Tak berani nak bawak jauh. Bila dah balik, abah call wakil tu tanya kalau budak tu ada balik. Tunggu punya tunggu, diberitakan budak tu tak dapat balik. Lagipun dia baru balik kampung. Tak kisahlah tu sebab ummi kata elok kalau dapat tengok gambar dia dulu. So, wakil tu beritahulah kepada parent budak lelaki tu dan hari kedua di tahun baru tu, wakil tu datang ke rumah kitaorang.
Aku tahu walaupun adik nampak cool tapi sebenarnya dia berdebar hehehe. Bila wakil tu dah balik kitaorang adik beradik sibuk tanya ummi ngan abah sambungan seterusnya. Wakil tu kata, budak lelaki tu tak sesuai dengan adik aku bila dia tengok adik aku. Abah aku kata wakil ni sedara abah juga dan ilmunya tinggi. Pandai tengok orang. Bukan tak sesuai apa, bila mak dia beritahu yang adik aku ni sebaya dengan dia, dia macam tak berminat. Ummi kata, dia tak tolak tapi dari cara dia bercakap kira boleh difahamilah. Wakil tu cerita, kalau ikutkan dah ramai dah budak perempuan yang dia kenal. Ada yang mak dia kenalkan, semuanya dia tolak. Ada juga yang dia bawa balik jumpa mak dia, mak dia pulak tak berkenan. Kesimpulannya, wakil tu kata budak lelaki tu sebenarnya tak tahu ciri-ciri isteri yang dia nak. Sebab tu tunjuk 10 orang pun, sepuluh-sepuluh orang tu dia tolak.
Sian adik aku ni. Tak apalah, dah tahu awal-awal macam tu lagi bagus. Daripada dia start berkawan tapi budak lelaki tu separuh hati. Lepas ni, mesti ada lelaki lagi bagus yang berkenan kat adik aku ni. Insya Allah.
2010?
Januari 4, 2010
Sana sini orang sibuk ucap selamat tahun baru dan menyenaraikan azam yang mungkin belum tertunai pada tahun-tahun lalu dan azam yang ingin dicapai di tahun baru ni. Bagi aku, angka 2010 tu adalah maksud bahawa umurku makin menginjak dan membuatkan aku memikirkan bahawa dunia ini makin tua. Cuma belum tahu bila penghujungnya kewujudan dunia ini. Walaupun orang kata umur tu sekadar angka tapi angka itulah yang menjadi penanda aras bahawa hidup ini tidak akan kekal.
Secara jujurnya, aku memang tak senaraikan apa-apa azam tahun ni. Hasrat untuk menambah ahli keluarga tu tak perlu dijadikan azam kerana itulah impian setiap orang yang telah mendirikan rumahtangga. Bila sentuh tentang kerja, aku rasa kerjaya aku masih belum stabil walaupun aku dah bekerja hampir 7 tahun. Banyak perkara yang perlu aku baiki untuk menjadikan aku seorang pekerja cemerlang dan diperlukan. Setakat ni aku rasa aku tidak menonjol di pejabat. Aku masih dibayangi dengan rasa tidak yakin terutama dalam memberi pendapat dan hujahan. Sesungguhnya banyak usaha yang aku buat untuk mencapai kepuasan dalam bekerja.
Hari ni pun, aku baru kembali ke tempat kerja setelah 2 minggu bercuti kat rumah. Aku dah cerita pun ke mana aku pergi selama 2 minggu ni. Kesimpulannya walaupun dok rumah tapi banyak tempat jugalah aku pergi waktu my adeng cuti. Kami pergi Johor masa Krismas yang merangkap hari ulangtahun perkahwinan kami, pergi Trolak (menginap kat Felda Residence Trolak yang cantik tu) dan sempat balik kampung aku kat Pekan nun. Dapat balik kampung, baru puas hati hehehe.
Duduk rumah, aku tak rajin pulak nak update blog. Masuk pejabat hari ni aku jenguk jap kat blog ni. Boleh tahan juga capaian blog aku ni. Blog aku ni memang tak enter frame kat mana-mana enjin carian sebab tu aku kisah sangat pasal capaian tu. Tapi bagi aku ini dah cukup ramai bagi blog yang malu-malu kucing ni.



